Thursday, December 17, 2009

Mesy Agung PIBG & Penyampaian Hadiah






























Kenangan Di SRKP Yahya Awal










Saya mengajar di sekolah ini mulai 1.1.1980 sehingga 30.11.1992
Sepanjang tempoh itu, saya berkhidmat di bawah kepimpinan beberapa guru besar. Di antara mereka ialah Pn. Hjh. Aishah Bt. Abdullah, Pn. Hjh. Norashikin Bt Abdullah, Cik Chua, Pn. Hjh. Zaharah Bt. Omar, Pn. Hjh. Rahmah Bt. Baba dan Pn. Hjh Halimah Bt. Ismail.

Saya diberi tugas mengajar pelbagai mata pelajaran berdasarkan keperluan sekolah pada ketika itu. Antara mata pelajaran itu ialah Sains,Sejarah,Geografi, Alam Dan Manusia, Pendidikan Seni dan Muzik. Mata pelajaran Muzik telah menjadi opsyen kepada saya kerana telah menghadiri semua kursus Muzik KBSR dari tahun 1 hingga Tahun 6 dan mengajarnya sejak 1983 sehingga 1992. Malah saya terus mengajar Muzik di dua buah sekolah berikutnya di mana saya di tempatkan iaitu SK Taman Johor Jaya 1 (1992-1995) dan SK Taman Desa Cemerlang (1995-1999)

Selama hampir 12 tahun mengajar di SRKP Yahya Awal banyak peristiwa dan kenangan manis bersama rakan-rakan guru , staf sokongan dan yang penting murid. Sebahagian kenangan itu saya abadikan dalam foto yang akan saya upload dari masa ke semasa.

PIBG SRK (P) Jalan Yahya Awal Tahun 80 an

Asal Usul Sekolah Perempuan Yahya Awal

Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Yahya Awal, Johor Bahru mengambil sempena Jalan Yahya Awal yang bermula dari persimpangan JalanMahmoodiah/ Jalan Ayer Molek hingga ke persimpangan Jalan Tun Abdul Razak berdekatan Jabatan Bomba. Yahya Awal adalah seorang ternama di Johor Bahru pada suatu ketika.

Bangunan sekolah ini asalnya adalah sebuah pasar yang ditukar kepada status sekolah. Tindakan ini adalah dasar keperluan pendidikan pada masa baru-baru Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.